Feeds RSS
Feeds RSS

11/08/2011

PENGENALAN MENGENAI PRASEKOLAH


MATLAMAT PRASEKOLAH 
* Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmaani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

    OBJEKTIF PRASEKOLAH
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut :

JASMANI
* Mempunyai tubuh badan yang sihat.
* Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas.
* Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
* Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan.
* Menguasai kemahiran psikomotor asas - kemahiran motor halus dan motor kasar.

EMOSI
* Mempunyai konsep kendiri yang positif.
* Mempunyai keyakinan diri.
* Mempunyai jati diri.
* Berani mencuba.
* Mempunyai kematangan emosi.
* Menghormati perasaan dan hak orang lain.
* Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan. 

INTELEK
* Berkomunikasi dengan baik ( membaca, menulis dan bertutur ) menggunakan bbasa Malaysia.
* Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris.
* Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina ( untuk yang berkenaan )
* Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan )
* Memperolehi kemahiran proses sains asas.
* Memperolehi kemahiran matematik asas.
* Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul.
* Memperoleh kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian murid.
* Mempunyai daya kreatif dan estetika.
* Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

ROHANI
* Mengamalkan nilai murni.
* Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian murid beragama Islam.

SOSIAL
* Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
* Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
* Menyuarakan pandangan dan perasaan.
* Bekerjasama dengan orang lain. 

TUNJANG-TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
1. KOMUNIKASI
* Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahsa 
   Malaysia bahasa Cina dan bahasa Tamil. 

2. KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
* Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.

3. KEMANUSIAAN
* Pengurusan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar.
* Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

4. KETERAMPILAN DIRI
* Pemupukkan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

5. FIZIKAL DAN ESTETIKA
* Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri.
* Pemupukan daya imiginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.

6. SAINS DAN TEKNOLOGI
* Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik.
* Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik.
* Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi.



 



Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment