Feeds RSS
Feeds RSS

10/29/2011

Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Malaysia

SEJARAH RINGKAS

1970an - Kemas dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam.
1986     - Buku Panduan Prasekolah Melaysia dikeluarkan oleh KPM.
1992     - KPM memulakan Prasekolah.
1993     - Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM.
2003    - Kurikulum Prasekolah dikeluarkan oleh KPM dan dilaksanakan disemua 
                Prasekolah di Malaysia.

RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.


PERUBAHAN YANG BERLAKU
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada : 

*Pembangunan modal insan 
*Penghasilan pelajar celik minda
*Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan meklumat 
*Program membangunkan akal -manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovasi. 



PERUBAHAN YANG DILAKUKAN 

*Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan. 
*Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.
*Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama. 
*Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah.
*Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan.  
*Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.  
*Menambahbaikkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

 
 







Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment