SEJARAH RINGKAS
1970an - Kemas dan JPNIN memulakan kelas
prasekolah awam.
1986 - Buku Panduan Prasekolah
Melaysia dikeluarkan oleh KPM.
1992 - KPM memulakan Prasekolah.
1993 - Garis Panduan Kurikulum
Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM.
2003 - Kurikulum Prasekolah
dikeluarkan oleh KPM dan dilaksanakan disemua
Prasekolah di Malaysia.
RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH
KEBANGSAAN
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan disemak semula
untuk memastikan kurikulum yang holistik tidak terlalu akademik dan tidak
terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
PERUBAHAN YANG BERLAKU
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan
kepada :
*Penghasilan pelajar celik minda
*Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan meklumat
*Program membangunkan akal -manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovasi.
PERUBAHAN YANG DILAKUKAN
*Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.
*Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama.
*Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah.
*Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan.
*Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
*Menambahbaikkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.